Faktor Permohonan Isytihar Murtad dalam Kalangan Mualaf di Selangor

Authors

  • Suariza@Hidayah Muhammad University of Malaya
  • Norrodzoh@Raudah Haji Siren University of Malaya
  • Yusmini Md Yusoff University of Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.5

Abstract

Murtad merupakan satu perkara yang perlu dijauhkan daripada umat Islam. Ini kerana murtad adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan Allah. Sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran,  surah Al-Baqarah ayat 217. Di dalam Islam mengkategorikan murtad adalah sebagai perbuatan jenayah. Namun begitu terdapat beberapa definisi dan perbahasan tentang hukuman kepada pesalah murtad. Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tidak membincangkan secara jelas tentang murtad tetapi dalam Perkara 3(1) menyebut dan membincangkan tentang kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 11(4) menyatakan Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang yang menganuti agama Islam. Namun begitu kajian ini diperincikan mengenai permohonan mualaf isytihar murtad di negeri Selangor.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2018-12-31

How to Cite

Muhammad, S., Haji Siren, N., & Md Yusoff, Y. (2018). Faktor Permohonan Isytihar Murtad dalam Kalangan Mualaf di Selangor. Jurnal Usuluddin, 46(2), 123–146. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol46no2.5

Issue

Section

Articles