Islamic Institution of Education In British India: A Study on Deoband Madrasah
Abstract
Kemunculan institusi-institusi pendidikan Islam di India seperti Madrasah Dar al-Ulum, Deoband merupakan rentetan daripada polisi kerajaan British terhadap pendidikan di India di mana pendidikan sekular diperkenalkan. Justeru masyarakat Islam khususnya memerlukan alternatif lain bagi memenuhi tanggungjawab pendidikan terhadap anak-anak mereka. Artikel ini cuba melihat aspek sosio-politik dalam memahami senario yang bergolak pada masa pemerintahan Kolonial British yang menyumbang ke arah penubuhan Dar al-Ulum.








