Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmudan Peradaban: Satu Kajian dari Sudut Keistimewaannya
Abstract
Artikel ini membincangkan peranan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi berlandaskan kepentingannya berbanding bahasa-bahasa lain di seluruh pelusuk dunia. Artikel ini juga menjelaskan keistimewaan bahasa ini yang dapat dilihat dalam dua aspek, iaitu perubahan bentuk kata yang berkait dengan ilm al-sarf dalam nahw atau tatabahasa Arab iaitu yang melibatkan aspek-aspek morfologi, semantik dan sintaksis. Keunggulan bahasa Arab dapat dilihat dari pelbagai aspek mencakupi pengaruhnya amatlah besar terhadap pembinaan dan perkembangan perbendaharaan kata kebanyakan bahasa umat Islam di dunia termasuk bahasa Melayu.








