Beberapa Hadith Berkaitan Masa Depan Islamicjerusalem
Abstract
Islamicjerusalem atau boleh juga dirujuk sebagai Bayt al- Maqdis merupakan suatu kawasan yang istimewa kepada masyarakat Islam, kerana kedudukannya disentuh secara langsung di dalam al-Qur’an dan Hadith. Disebabkan rantau ini disebut di dalam rujukan utama umat Islam, maka kesuciannya terus diperteguh oleh kaum Muslimin. Sepanjang sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w., Baginda ada menyatakan dalam banyak keadaan mengenai apa yang akan berlaku ke atas Islamicjerusalem selepas kewafatannya. Oleh yang demikian, artikel ini akan cuba untuk mengupas beberapa Hadith asas berkaitan masa depan Islamicjerusalem supaya dapat difahami dan diperhalusi maksudnya untuk kefahaman umat Islam di Nusantara.








