The Early Study of Kalam in the Malay World
Abstract
Artikel ini membincangkan mengenai kesinambungan tradisi kalam di kalangan ulama’ Melayu awalan bermula dari al-Fansuri sehingga al-Falimbani sebelum Syeikh Dawud al-Fatani. Perbincangan kalam atau tawhid ini telah diwarnai oleh pemahaman sufi terhadap konsep La ilaha illa Allah. Tumpuan perbincangan ulama’ Melayu awalan adalah tentang sifat-sifat dua puluh yang wajib diimani berasaskan kepada akidah mazhab al-Ash`ari yang dipelopori oleh Imam al-Sanusi yang menekankan tentang yang pertama dalam agama ialah mengenali Allah dan Allah hanya boleh dikenali melalui sifat-sifatNya.








