Pengaruh Liberalisme Terhadap Kajian al-Qur’an di Indonesia

Authors

  • Edward Maofur University of Malaya
  • Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff University of Malaya

Abstract

Golongan Muslim liberal di Indonesia mempercayai bahawa usaha untuk mengatasi masalah kemunduran umat Islam di Indonesia dan rintangan yang menghalang kemodenan mestilah dimulakan dengan mengubah perspektif yang lebih terbuka ataupun liberal terhadap sumber utama ajaran agama Islam iaitu al-Qur’an. Makalah ini mengenal pasti beberapa isu mengenai al-Qur’an dan wacana seputarnya yang ditimbulkan oleh golongan Muslim liberal di Indonesia dan sejauh mana faham liberal telah memberi kesan ke atas isu-isu tersebut. Walau bagaimanapun setelah menganalisis pandangan-pandangan golongan Muslim liberal mengenai isu-isu ini, didapati bahawa golongan ini bukan sahaja telah menolak pandangan-pandangan yang menjadi kesepakatan umat Islam, antara lain seperti dalam isu kemurnian dan kemutlakan al-Qur’an, isu wahyu dan pewahyuan, kaedah pentafsiran al-Qur’an, tetapi juga telah melahirkan pelbagai pandangan baru yang melencong daripada arus tradisi. Makalah ini memberi maklum balas kepada isu-isu di atas dan mendapati bahawa faham liberal yang cuba diguna pakai oleh golongan Muslim liberal dalam kajian mereka terhadap al-Qur’an merupakan suatu percubaan menerapkan teori-teori Humanisme Barat yang gagal untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di Barat sendiri. Keraguan golongan ini terhadap al-Qur’an sebagai asas epistemologi menjadi punca golongan ini menerima kaedah-kaedah di luar tradisi Islam. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2014-12-31

How to Cite

Maofur, E., & Mohd Yusoff, M. Y. @ Z. (2014). Pengaruh Liberalisme Terhadap Kajian al-Qur’an di Indonesia. Jurnal Usuluddin, 40, 1–26. Retrieved from https://adab.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/7481

Issue

Section

Articles