Fiqh Al-Hadīth Abdul Halim al-Hadi dan Sumbangannya dalam Bidang Hadith: Tumpuan Kepada Kitab Ilhām al-Bārī Syarḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī Bahasa Melayu

Authors

  • Nur Hidayu Jamalluddin University of Malaya
  • Faisal Ahmad Shah. University of Malaya

DOI:

https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol41no1.3

Abstract

Abdul Halim al-Hadi ialah seorang tokoh Melayu yang pernah memberi sumbangan dalam bidang pengajian hadith di Nusantara. Tokoh berkelahiran Pulau Pinang ini merupakan antara pelopor atau individu terawal yang mensyarahkan hadith-hadith di dalam kitab Ṣaḥīḥ alBukhārī. Kitab tersebut diberi nama Ilhām al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ alBukhārī Bahasa Melayu. Artikel ini bertujuan membahaskan sumbangan Abdul Halim al-Hadi dalam bidang pengajian hadith umumnya, serta Fiqh al-Ḥadīth pengarang kitab dalam mensyarah hadith-hadith Ṣaḥīḥ alBukhārī. Bagi menganalisis data kajian, penulis menggunakan metode induktif, deduktif dan komparatif. Hasil daripada kajian ini, penulis mendapati bahawa pengarang kitab Ilhām al-Bārī Sharḥ Ṣaḥīḥ alBukhārī Bahasa Melayu mensyarah hadith Ṣaḥīḥ al-Bukhārī secara ijmālī (ringkas), serta menjadikan kitab Fatḥ al-Bārī dan Irshād al-Sārī sebagai rujukan utama dalam syarahan beliau. Kitab ini juga turut memberi kemudahan dan manfaat kepada masyarakat dalam mempelajari memahami hadith-hadith Ṣaḥīḥ al-Bukhārī.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2015-06-30

How to Cite

Jamalluddin, N. H., & Ahmad Shah., F. (2015). Fiqh Al-Hadīth Abdul Halim al-Hadi dan Sumbangannya dalam Bidang Hadith: Tumpuan Kepada Kitab Ilhām al-Bārī Syarḥ Ṣaḥīḥ al-Bukhārī Bahasa Melayu. Jurnal Usuluddin, 41, 47–72. https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol41no1.3

Issue

Section

Articles