Aplikasi Metodologi Mengenal Alam oleh Daud Al-Fatani dalam Isu Penentuan Kenampakan Anak Bulan
DOI:
https://doi.org/10.22452/usuluddin.vol44no1.6Abstract
Setiap kaedah penentuan kenampakan anak bulan mempunyai fungsi tersendiri. Fungsi itu dapat dijelaskan berasaskan metodologi mengenal alam. Dalam penelitian ini, metodologi mengenal alam yang dikemukakan oleh Daud al-Fatani diaplikasikan untuk menjelaskan fungsi berkenaan. Pengumpulan data dalam kajian ini adalah berdasarkan metode dokumentasi, manakala analisis data adalah berasaskan metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati kaedah hisab adalah ẓannī yang lebih kuat berbanding kaedah rukyah tetapi ia lebih lemah berbanding kaedah istikmal. Sehubungan itu, fungsi kaedah hisab hanya sebagai pengesah dan penafi kepada laporan cerapan terutamanya apabila menentukan kenampakan anak bulan bagi bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah.








