PENGENALPASTIAN KARAKTER TIDAK BERNAMA WAYANG KULIT DI MUZIUM SENI ASIA UNIVERSITI MALAYA

IDENTIFICATION OF UNNAMED SHADOW PUPPET CHARACTERS AT THE UNIVERSITY MALAYA ASIAN ART MUSEUM

Authors

  • Maisarah Alya Mohd Din Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nurul Izzatie Azman Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Aisyah Fatihah Mohd Yazid Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Hafidra Adryla Dasle Asraf Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Ammer Yuzairie Mohd Yazid Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Adnan Haiqal Azri Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Abstract

ABSTRAK

 

Wayang kulit terdiri daripada pelbagai bentuk dan wataknya yang berbeza-beza dari satu kawasan dan peredaran masa yang berlaku terhadap watak yang dihasilkan. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan 3 jenis wayang kulit di Malaysia dan mengenalpasti karakter wayang kulit yang tidak bernama. Kaedah kajian yang dijalankan adalah berasaskan kepada kaedah kualitatif. Dalam kaedah kualitatif ini, kajian ini telah menggunakan kaedah temu bual dan data sekunder iaitu kaedah kepustakaan dan laman sesawang. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 3 jenis wayang kulit Malaysia iaitu Wayang Kulit Tradisional atau Asli, Wayang Kulit Yang Moden dan Wayang Kulit Fusion. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat mengenalpasti karakter yang tidak bernama yang diberikan oleh pihak Muzium Seni Asia untuk kajian ini. Antara nama karakter yang dikenalpasti adalah Raden, Princess, Hanuman Ikan dan sebagainya. Kajian ini diharap dapat membantu generasi kini mengetahui lebih mendalam tentang tiga jenis wayang kulit Malaysia dan kajian ini juga membantu pihak muzium dalam pengenalpastian identiti watak yang tidak memiliki maklumat yang benar.

 

Kata kunci: Wayang Kulit Malaysia, Karakter, Watak, Tradisional, Moden, Fusion

 

ABSTRACT

 

Shadow puppetry (wayang kulit) encompasses various forms and characters that differ across regions and evolve over time. The objective of this study is to describe three types of shadow puppetry in Malaysia and identify unnamed shadow puppet characters. The research methodology employed is qualitative, involving interviews and secondary data collection, including library research and website sources. The findings reveal three types of Malaysian shadow puppetry: Traditional or Original Shadow Puppetry, Modern Shadow Puppetry, and Fusion Shadow Puppetry. Additionally, the study identifies unnamed characters provided by the Asian Art Museum for this research. Some of the identified characters include Raden, Princess, Fish Hanuman, and others. This study aims to deepen the current generation's understanding of the three types of Malaysian shadow puppetry and assist the museum in identifying characters with incomplete or missing information.

 

Keywords: Malaysian Shadow Puppetry, Characters, Traditional, Modern, Fusion

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-11-28

How to Cite

Maisarah Alya Mohd Din, Nurul Izzatie Azman, Aisyah Fatihah Mohd Yazid, Hafidra Adryla Dasle Asraf, Ammer Yuzairie Mohd Yazid, & Adnan Haiqal Azri. (2025). PENGENALPASTIAN KARAKTER TIDAK BERNAMA WAYANG KULIT DI MUZIUM SENI ASIA UNIVERSITI MALAYA: IDENTIFICATION OF UNNAMED SHADOW PUPPET CHARACTERS AT THE UNIVERSITY MALAYA ASIAN ART MUSEUM. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 8(1), 77–103. Retrieved from https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66335