ELEMEN SAINS DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF
SCIENCE ELEMENTS IN MALAY PROVERBS: A SEMANTIC ANALYSIS
Abstract
ABSTRAK
Peribahasa Melayu merupakan refleksi budaya, nilai, akal budi dan falsafah hidup masyarakat yang turut merakamkan pemerhatian tajam terhadap fenomena alam sekeliling. Kandungan sains dalam peribahasa membuktikan bahawa bahasa dan pemikiran saintifik telah lama berakar dalam budaya masyarakat Melayu, mendahului kemunculan sains moden secara formal. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis elemen sains dalam peribahasa Melayu serta menilai kerelevenan dan ketepatannya berdasarkan pemahaman sains moden. Sebanyak 30 peribahasa telah disenaraikan melalui kaedah analisis korpus dengan mengumpulkan peribahasa yang berkaitan dengan sains daripada sumber seperti Kamus Peribahasa oleh Sapinah Haji Said (2015) dan laman sesawang rasmi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) serta analisis semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Analisis tertumpu kepada penerokaan elemen sains dalam tiga cabang utama, fizik, kimia dan biologi dengan merujuk kepada tiga peribahasa yang dipilih, iaitu (i) menatang minyak yang penuh (fizik), (ii) mencurah air ke daun keladi (kimia), dan (iii) haruan makan anak (biologi). Hasil kajian mendapati terdapat perkaitan yang signifikan antara prinsip sains moden dengan falsafah dan akal budi masyarakat Melayu yang berasaskan pemerhatian teliti terhadap alam. Kajian ini juga diharapkan mampu memberi sumbangan bermakna kepada penyelidikan peribahasa, khususnya yang menggunakan semantik inkuisitif sebagai kerangka analisis.
Kata kunci: Peribahasa Melayu, elemen sains, semantik inkuisitif, akal budi, falsafah masyarakat Melayu
ABSTRACT
Malay proverbs reflect the culture, values, intellect and life philosophy of the Malay society while recording their keen observations of natural phenomena. The scientific content embedded in these proverbs demonstrates that scientific thinking and linguistic expression had long been rooted in Malay culture, preceding the formal emergence of modern science. Accordingly, this study aims to analyze the scientific elements in Malay proverbs and assessing their relevance and validity in relation to contemporary scientific concepts. A total of 30 proverbs were compiled through corpus analysis by collecting science-related proverbs from sources such as the Kamus Peribahasa Melayu by Sapinah Haji Said (2015) and certified website. This research adopts a qualitative design, applying the Rangka Rujuk Silang (RRS) and inquisitive semantic analysis in the data analysis process. The analysis focuses on exploring scientific elements in three main branches, physics, chemistry, and biology by examining three selected proverbs: (i) menatang minyak yang penuh (physics), (ii) mencurah air ke daun keladi (chemistry), and (iii) haruan makan anak (biology). The findings reveal a significant correlation between modern scientific principles and the philosophy and wisdom of the Malay society, which were shaped through observation of the natural world. This study is expected to contribute to proverb research, particularly those employing inquisitive semantic as the analytical framework.
Keywords: Malay proverbs, scientific elements, inquisitive semantics, cultural worldview, Malay communities
