JURNAL MELAYU SEDUNIA
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia

Jurnal Melayu Sedunia (e-ISSN 2637-0751) diterbitkan sekali setahun (pada November) oleh Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Jurnal ini menerbitkan artikel berasaskan dasar pihak profesional, prinsip amalan dan kemajuan dalam bidang Pengajian Melayu. Jurnal Melayu Sedunia menerima artikel, nota penyelidikan dan ulasan buku dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang berkaitan dengan dunia Melayu. Jurnal ini bertujuan untuk memberi ruang komunikasi antara pakar-pakar Melayu dan golongan profesional bagi memperkenalkan pemikiran baru, analisis, konsep-konsep, teori dan apa-apa aspek dalam bidang pengajian Melayu. Jurnal ini menggunakan sistem semakan 'double-blind peer review'.

The Journal of Malay World (e-ISSN 2637-0751) is published annually by the Academy of Malay Studies, University of Malaya. The journal publishes original articles based on professional policies, practices principles and progress in the field of Malay Studies. The journal accepts articles and book reviews both in Malay and English on topics pertaining in the Malay world. The journal aims to provide a forum for communication among Malay experts, professionals, to introduce new thought, concepts, theory, and systems. This journal uses double-blind peer review process.
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, MALAYSIAen-USJURNAL MELAYU SEDUNIA2637-0751TRANSFORMASI SENI PERSEMBAHAN TRADISIONAL MEK MULUNG: PERKEMBANGAN, CABARAN DAN PELUANG DI ALAF BAHARU
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66331

ABSTRAK

Mek Mulung, sebagai salah satu bentuk teater tradisional yang berasal dari negeri Kedah, merupakan komponen penting dalam warisan seni budaya Malaysia. Namun, dalam menghadapi arus pemodenan dan perubahan cita rasa audiens, seni persembahan ini berdepan cabaran besar untuk mengekalkan relevansi tanpa menjejaskan nilai dan identiti tradisionalnya. Kertas kerja ini membincangkan transformasi seni persembahan Mek Mulung dalam konteks perkembangan, cabaran, dan peluang di alaf baharu. Dari segi perkembangan, analisis meneliti bentuk transformasi yang berlaku dalam aspek koreografi, penggunaan teknologi, dan adaptasi naratif bagi menarik minat generasi muda serta audiens kontemporari. Dalam masa yang sama, perbincangan turut menyoroti usaha pengekalan elemen tradisional seperti struktur persembahan, kostum, alat muzik, dan peranan komuniti tempatan yang menjadi teras kepada keaslian Mek Mulung. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah pemerhatian turut serta, temu bual separa berstruktur bersama penggiat seni, serta analisis dokumen dan visual persembahan. Analisis pergerakan tari dilaksanakan berasaskan teori Struktur Tarian oleh Kaeppler (1999) untuk meneliti motif dan gaya pergerakan dalam konteks kesinambungan tradisi. Hasil kajian menunjukkan bahawa transformasi Mek Mulung bukan sekadar bentuk adaptasi estetika, tetapi strategi pelestarian bagi memastikan kelangsungan seni persembahan ini dalam ekosistem budaya moden. Perbincangan turut menekankan peranan institusi budaya, komuniti tempatan, dan kerjasama antara sektor kerajaan serta swasta dalam mengukuhkan usaha pemeliharaan dan promosi Mek Mulung di peringkat nasional dan antarabangsa. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa keseimbangan antara transformasi dan pengekalan menjadi kunci utama dalam memastikan Mek Mulung terus hidup, dihargai, dan dipertahankan sebagai warisan budaya bangsa di alaf baharu.

Kata kunci: Mek Mulung, seni persembahan tradisional, transformasi, pengekalan, warisan budaya, pelestarian, alaf baharu

ABSTRACT

Mek Mulung, a traditional theatre form originating from the state of Kedah, stands as an essential component of Malaysia’s cultural and artistic heritage. However, in the face of modernization and shifting audience preferences, this traditional performance art faces significant challenges in maintaining its relevance without compromising its authenticity. This paper discusses the transformation of Mek Mulung within the framework of development, challenges, and opportunities in the new millennium. In terms of development, the study explores the transformations that have occurred in choreography, the use of technology, and narrative adaptation as strategies to attract younger generations and contemporary audiences. Simultaneously, the discussion highlights the preservation of traditional elements such as performance structure, costumes, musical instruments, and the role of local communities that form the cultural foundation of Mek Mulung. This research employs a qualitative approach through participant observation, semi-structured interviews with practitioners, and document and visual performance analysis. The movement structure is analyzed using Kaeppler’s (1999) Theory of Dance Structure, focusing on movement motifs and stylistic variations in the context of cultural continuity. The findings indicate that the transformation of Mek Mulung represents not merely an aesthetic adaptation, but a strategic act of preservation ensuring the sustainability of this art form within a modern cultural ecosystem. The discussion also emphasizes the roles of cultural institutions, local communities, and collaborations between government and private sectors in strengthening the preservation and promotion of Mek Mulung at both national and international levels. Overall, this study asserts that the balance between transformation and preservation is fundamental to ensuring that Mek Mulung remains vibrant, appreciated, and sustained as a living cultural heritage in the new millennium.

Keywords: Mek Mulung, traditional performing arts, transformation, preservation, cultural heritage, sustainability, new millennium
Khairul Anuar ZainudinMohd. Effindi Samsuddin
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-2881121BATIK KLASIK DAN PERGESERAN BUDAYA JAWA: MENURUNNYA PENGGUNAAN BATIK DALAM UPACARA TRADISIONAL DALAM FASA KEHIDUPAN MANUSIA
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66332

ABSTRAK

Batik merupakan budaya visual Indonesia yang telah berkembang sejak zaman Kerajaan Majapahit. Batik di Indonesia berjaya pada zaman Kerajaan Mataram. Sejak tahun 2009 batik telah mendapat pengiktirafan internasional dan secara rasmi diakui UNESCO sebagai Budaya Tak Benda Warisan Manusia. Pengiktirafan UNESCO ke atas batik Indonesia akan ditarik balik sekiranya dalam tempoh maksimum sepuluh tahun, batik tidak lagi dipakai oleh masyarakat Indonesia, tidak diajarkan kepada generasi muda atau tidak disebarluaskan atau dikembangkan. Menurut zamannya batik ada dua jenis iaitu batik moden dan batik tradisional. Batik tradisional lebih dikenali dengan batik klasik. Batik klasik adalah batik yang memiliki nilai-nilai agama. Pada masa kini, batik klasik tidak lagi difahami atau dihayati oleh generasi muda. Generasi muda yang dikenali sebagai generasi Z, kurang mementingkan budaya tradisional. Ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat mengenai perkembangan tradisi tempatan di tengah-tengah persaingan budaya asing. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian pustaka. Data diperoleh daripada temu bual, pemerhatian mendalam, buku teks, hasil penyelidikan terdahulu, jurnal ilmiah serta pelbagai sumber pustaka lain yang berkaitan. Data dianalisis dengan cara interpretasi, koheren dan tinjauan holistik, huraian dan analisis. Hasil dapatan menunjukkan beberapa motif batik klasik dan nilai falsafah yang digunakan dalam fasa kehidupan, bermula daripada ibu mengandung, menggendong bayi, berkhatan, berkahwin dan fasa kematian. Kajian ini juga menyarankan cara melestarikan batik klasik kepada generasi masa kini.

Keyword: batik klasik; budaya tradisional; fasa kehidupan; generasi penerus

ABSTRACT

Batik is an Indonesian visual culture that has developed since the time of the Majapahit Kingdom. Batik in Indonesia flourished during the era of the Mataram Kingdom. Since 2009, batik has received international recognition and is officially recognized by UNESCO as an Intangible Cultural Heritage of Humanity. UNESCO’s recognition of Indonesian batik will be withdrawn if within a maximum of ten years, if batik is no longer worn by the Indonesian people, not taught to the younger generation, or neither disseminated nor developed. According to the era, there are two types of batik, namely modern batik and traditional batik. Traditional batik is better known as classic batik. Classic batik is batik that has religious values. Nowadays, this classic batik is no longer understood or appreciated by the current generation. The current generation, known as generation Z, places less importance on traditional culture. This has raised concerns among communities regarding the influence of the development of local traditions amidst competition from foreign cultures. This research employed a qualitative method. Library-based research, data obtained from interviews, in-depth observations, textbooks, research results, journals and other library sources. Then the data was analyzed by means of: interpretation, coherence and holistic review, description and analysis. The findings revealed several classic batik motifs and their philosophical values used in the phases of life, starting from pregnant mothers, carrying babies, circumcision, marriage and the death phase. In addition, it also explained how to preserve classic batik for the current generation.

Keywords: classic batik; traditional culture; phase of life; future generations
Karsam
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-28812242PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID-MURID TAHUN ENAM
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66333

ABSTRAK

Peribahasa merupakan unsur penting dalam Bahasa Melayu yang mencerminkan nilai budaya, pemikiran dan akal budi masyarakat Melayu. Ia bukan sekadar gaya bahasa, tetapi juga alat komunikasi berkesan yang mengandungi nasihat, pengajaran dan falsafah hidup yang diwarisi turun-temurun. Dalam pendidikan, peribahasa memperkaya kosa kata murid serta mengasah kepekaan terhadap bahasa yang halus dan bernilai sastera. Penguasaan terhadap peribahasa turut menunjukkan kemampuan murid menggunakan bahasa secara kiasan dan kontekstual. Namun, murid sering menghadapi kesukaran memahami maksud tersirat, terutama bagi simpulan bahasa dan peribahasa berbentuk kiasan yang tidak dapat ditafsir secara literal. Kekangan ini menyebabkan mereka sukar mengaplikasikan peribahasa dengan tepat dalam tugasan bertulis dan lisan. Di samping itu, minat terhadap peribahasa juga rendah akibat pendekatan pengajaran konvensional yang berpusatkan guru dan kurang interaktif. Kajian ini bertujuan mengenal pasti bentuk peribahasa Melayu yang sukar dikuasai oleh murid Tahun Enam serta menilai keberkesanan penggunaan aplikasi Gimkit dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis tematik dan deskriptif berdasarkan data pelaksanaan aplikasi tersebut dalam PdP. Dapatan menunjukkan perumpamaan dan kata-kata hikmah merupakan jenis peribahasa paling sukar dikuasai. Penggunaan Gimkit terbukti meningkatkan prestasi, motivasi dan penglibatan murid melalui penerapan elemen Kompetensi, Autonomi dan Keterhubungan selaras dengan Teori Penentuan Kendiri (Richard & Edward, 2000). Kajian mencadangkan agar aplikasi digital seperti Gimkit diperluas dalam pengajaran Bahasa Melayu bagi meningkatkan minat dan penguasaan murid secara menyeluruh, sistematik dan berkesan.

Kata kunci: Peribahasa; murid; Gimkit; penguasaan; motivasi

ABSTRACT

Proverbs are an essential element of the Malay language, reflecting the cultural values, wisdom, and intellect of the Malay community. They function not only as a linguistic style but also as an effective means of communication that conveys advice, moral lessons, and life philosophies inherited through generations. In education, proverbs enrich students’ vocabulary and enhance their sensitivity to refined, artistic, and culturally nuanced language use. Mastery of proverbs also indicates students’ ability to use figurative and contextual language effectively. However, students often struggle to grasp the implicit meanings of proverbs, especially idiomatic and metaphorical expressions that cannot be interpreted literally. This limitation hinders their ability to apply proverbs accurately in both written and oral tasks. Moreover, students’ interest in learning proverbs remains low due to conventional, teacher-centered, and less interactive teaching approaches. This study aims to identify types of Malay proverbs that are difficult for Year Six pupils to master and to evaluate the effectiveness of using the Gimkit application in the teaching and learning (T&L) of proverbs. Employing a qualitative approach, thematic and descriptive analyses were conducted based on data obtained through the application’s implementation. The findings reveal that similes and wise sayings are the most challenging types for students to master. The use of Gimkit was found to improve students’ performance, motivation, and engagement through the elements of Competence, Autonomy, and Relatedness, in line with the Self-Determination Theory (Richard & Edward, 2000). The study recommends expanding digital applications such as Gimkit in Malay language education to enhance students’ interest and proficiency more holistically, systematically, and effectively.

Keywords: Proverbs; students; Gimkit; mastery; motivation
Nur Syuaidatul Haneesa Mohd ShaffieNur Hafiza Muhamad RedzwanWan Nur Insyirah Qistina Wan Ahmad A’fifNur Maizatul Asyira KadirNur Fatihah Zaini
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-28814359PENGGUNAAN DEIKSIS DALAM NOVEL BAYANG SOFEA KARYA TEME ABDULLAH
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66334

ABSTRAK

Deiksis merujuk kepada cara bahasa digunakan dalam pertuturan serta bagaimana elemen-elemen bahasa tersebut melengkapkan konteks ujaran (Levinson, 1983). Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis deiksis dalam novel Bayang Sofea karya Teme Abdullah dan menganalisis penggunaannya dalam dialog watak utama. Berpandukan Teori Pragmatik Levinson (1983), data dikumpulkan melalui kajian kepustakaan, analisis kandungan teks dan pengekodan teks yang melibatkan bab 1 hingga bab 34 dalam novel berkenaan. Hasil analisis mendapati bahawa kelima-lima jenis deiksis iaitu deiksis orang, masa, tempat, sosial dan wacana dapat dikenal pasti dengan jumlah keseluruhan 1081 unsur. Daripada jumlah tersebut, deiksis orang mencatatkan bilangan tertinggi dengan 753 unsur manakala deiksis tempat adalah paling rendah dengan 36 unsur. Dapatan ini membuktikan kepelbagaian penggunaan deiksis yang selaras dengan tema misteri novel, di samping menunjukkan ketepatan penggunaan deiksis dalam konteks pertuturan watak utama. Kajian ini memperkukuh penyelidikan berkaitan deiksis dalam teks sastera dan berpotensi menjadi rujukan bagi kajian lanjutan.

Kata kunci: pragmatik; novel; deiksis; Teori Pragmatik Levinson; dialog

ABSTRACT

Deixis refers to how language is used in speech to complete the context of an utterance (Levinson, 1983). This study aims to identify the types of deixis found in the novel Bayang Sofea by Teme Abdullah and to analyse their use in the main character’s dialogues. Grounded in Levinson’s Pragmatic Theory (1983), data were collected through library research, textual content analysis and data coding covering chapters 1 to 34 of the novel. The findings reveal all five types of deixis namely person, temporal, spatial, social and discourse with a total of 1,081 instances. Among them, personal deixis recorded the highest frequency with 753 instances whereas spatial deixis was the least with 36 instances. These results highlight the diversity of deixis use in line with the novel’s mystery theme and confirm the consistency and appropriateness of deixis in the main character’s speech. This study contributes to research on deixis in literary texts and serves as a valuable reference for future studies.

Keywords: pragmatic; novel; deixis; Levinson’s Pragmatic Theory; dialogue
Norshakira Abdul MajidNurul Jamilah Rosly
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-28816076PENGENALPASTIAN KARAKTER TIDAK BERNAMA WAYANG KULIT DI MUZIUM SENI ASIA UNIVERSITI MALAYA
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66335

ABSTRAK

Wayang kulit terdiri daripada pelbagai bentuk dan wataknya yang berbeza-beza dari satu kawasan dan peredaran masa yang berlaku terhadap watak yang dihasilkan. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan 3 jenis wayang kulit di Malaysia dan mengenalpasti karakter wayang kulit yang tidak bernama. Kaedah kajian yang dijalankan adalah berasaskan kepada kaedah kualitatif. Dalam kaedah kualitatif ini, kajian ini telah menggunakan kaedah temu bual dan data sekunder iaitu kaedah kepustakaan dan laman sesawang. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat 3 jenis wayang kulit Malaysia iaitu Wayang Kulit Tradisional atau Asli, Wayang Kulit Yang Moden dan Wayang Kulit Fusion. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat mengenalpasti karakter yang tidak bernama yang diberikan oleh pihak Muzium Seni Asia untuk kajian ini. Antara nama karakter yang dikenalpasti adalah Raden, Princess, Hanuman Ikan dan sebagainya. Kajian ini diharap dapat membantu generasi kini mengetahui lebih mendalam tentang tiga jenis wayang kulit Malaysia dan kajian ini juga membantu pihak muzium dalam pengenalpastian identiti watak yang tidak memiliki maklumat yang benar.

Kata kunci: Wayang Kulit Malaysia, Karakter, Watak, Tradisional, Moden, Fusion

ABSTRACT

Shadow puppetry (wayang kulit) encompasses various forms and characters that differ across regions and evolve over time. The objective of this study is to describe three types of shadow puppetry in Malaysia and identify unnamed shadow puppet characters. The research methodology employed is qualitative, involving interviews and secondary data collection, including library research and website sources. The findings reveal three types of Malaysian shadow puppetry: Traditional or Original Shadow Puppetry, Modern Shadow Puppetry, and Fusion Shadow Puppetry. Additionally, the study identifies unnamed characters provided by the Asian Art Museum for this research. Some of the identified characters include Raden, Princess, Fish Hanuman, and others. This study aims to deepen the current generation's understanding of the three types of Malaysian shadow puppetry and assist the museum in identifying characters with incomplete or missing information.

Keywords: Malaysian Shadow Puppetry, Characters, Traditional, Modern, Fusion
Maisarah Alya Mohd DinNurul Izzatie AzmanAisyah Fatihah Mohd YazidHafidra Adryla Dasle AsrafAmmer Yuzairie Mohd YazidAdnan Haiqal Azri
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-288177103ASPEK YANG MENGHUBUNGKAN ORANG CINA DI TANAH MELAYU DENGAN NEGARA CHINA, 1850-2000
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66336

ABSTRAK

Hubungan antara Tanah Melayu (kini Malaysia) dengan negara China, lazimnya dihubungkan dengan aspek-aspek ekonomi dan perdagangan. Hal ini termasuklah hubungan antara orang Cina dengan negara China. Walau bagaimanapun, dari sudut sejarah, hubungan Tanah Melayu dengan China terutamanya melibatkan orang Cina mempunyai pelbagai aspek yang kompleks. Kajian ini akan menggunakan metodologi penelitian teks-teks penulisan sejarah termasuklah dokumentari, sumber kolonial, buku, dan kajian akademik di dalam jurnal bagi memahami hubungan yang kompleks ini. Kajian ini mendapati hubungan orang Cina dan China di Tanah Melayu sejak 1850 hingga 1940-an banyak dipengaruhi ideologi dan unsur politik. Terdapat juga peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh politik dan perniagaan dalam kalangan orang Cina di Tanah Melayu yang membantu hubungan diplomatik rasmi antara Malaysia dan negara China pada tahun 1974. Aspek-aspek lain yang dikenal pasti ialah identiti kecinaan melalui pendidikan, bahasa, identiti, keluarga, dan asal usul keturunan yang terus menghubungkan orang Cina di Malaysia dengan negara China hingga tahun 2000.

Kata kunci: Orang Cina; migrasi; Tanah Melayu; hubungan diplomatik Malaysia-China

ABSTRACT

The relationship between Malaya, which eventually formed Malaysia, and China is often analyzed primarily through an economic lens. This analysis frequently focuses on the ethnic Chinese population residing in Malaya, who are commonly perceived as economic migrants prior to independence. While this economic perspective holds merit, it fails to encapsulate the entirety of a relationship that has been far more intricate throughout history. This study employs a historical review as its primary methodology, analyzing a range of sources including colonial records, books, past studies, and academic writings to gain a deeper understanding of this complex relationship. The findings reveal that the relationship between the ethnic Chinese in Malaya and China from 1850 to 1940 was significantly shaped by various ideologies and political determinants. Following independence, the study indicates that local Chinese in Malaysia played a crucial, albeit behind-the-scenes, role in facilitating the establishment of diplomatic relations with China in 1974. Additional factors that invigorate the relationship between local Chinese and China include aspects of Chinese identity, such as education, language, family ties, and lineage. Collectively, these elements have continued to influence the relationship between local Chinese in Malaysia and China up until the year 2000.

Keywords: Ethnic Chinese; Migration; Malaya; Malaysia-China diplomatic relation
Syed Ahmad Fathi
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-2881104115PENGARUH PERSEKITARAN MELALUI BENTUK DAN MAKNA DALAM KARYA ARTIS SENI CETAK MELAYU DI MALAYSIA
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66337

ABSTRAK

Pengaruh persekitaran merupakan faktor terhadap pembentukan idealisasi dan pemikiran yang membentuk perkembangan minda setiap manusia; tidak terkecuali artis cetak Melayu dalam pengkaryaan mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menerokai faktor persekitaran yang mempengaruhi artis Melayu melalui bentuk dan makna dalam penghasilan karya seni cetakan. Penyelidikan ini mengaplikasikan kajian kualitatif dengan melaksanakan kaedah kajian lapangan dan analisis subjek berpandukan teori. Melalui kaedah kajian lapangan, seramai tiga orang artis seni cetak Melayu di Malaysia dipilih bagi menganalisis karya-karya yang dihasilkan oleh mereka. Sementara itu, analisis dijalankan dengan berpandukan teori Terry Barret dengan memberi tumpuan kepada bentuk dan makna karya-karya terpilih. Hasil kajian mendapati bahawa persekitaran memberi impak kepada produktiviti karya dalam memberikan inspirasi dan impak melalui seni visual. Setiap artis menginterpretasikan persekitaran mereka dengan cara yang unik, melalui simbolisme, tema dan gaya diterapkan dalam karya mereka. Kesimpulannya, pengaruh persekitaran artis bukan sahaja penting dalam membentuk ideologi dan kreativiti artis, malah mampu menghasilkan karya seni cetak yang mendalam dan menarik dalam bentuk visual. Kajian ini memperlihatkan betapa pentingnya memahami konteks persekitaran yang memberikan implikasi terhadap penghasilan karya serta impaknya terhadap analisis seni.

Kata Kunci: persekitaran; seni cetak; Terry Barrett; bentuk; makna

ABSTRACT

Environmental influence is among the factors that shape idealization and thinking, which in turn form the mindset development of every human being; this is no exception for Malay print artists in their creative works. Therefore, this study examines the environmental factors that influence Malay artists in the production of print artworks, with a focus on form and meaning. To achieve the objectives of this article, qualitative research was applied using field study methods and theory-guided subject analysis. Through field study methods, a total of three Malay printmaking artists in Malaysia were selected for analysis of their works. Meanwhile, the analysis was conducted based on Terry Barrett's theory, focusing on the form and meaning of selected works. The study findings also show that the environment impacts the productivity of artwork by providing inspiration and impact through visual art. Each artist interprets their environment in a unique way, which is evident in the symbolism, themes, and styles they apply in their work. In conclusion, the artist's environment not only significantly influences their ideology and creativity but also has the potential to produce deep and compelling print artworks in visual form. This study highlights the importance of understanding the environmental context that influences artistic production and its impact on art analysis.

Keywords: environment; printmaking; Terry Barrett; form; meaning
Mursyidah Zainal AbidinSabzali Musa KahnFakhrur Razi Maamor
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-2881116133PENASIHAT BRITISH DI TERENGGANU: FAKTOR, PERANAN DAN KONFLIK TERHADAP MASYARAKAT MELAYU, 1909-1928
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66338

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan mengenai pelantikan Penasihat British terhadap pentadbiran negeri Terengganu pada tempoh 1909 hingga 1928. Fokus utama kajian ini adalah untuk menganalisis faktor yang mendorong pelantikan penasihat dan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam struktur pentadbiran negeri serta konflik yang berlaku terhadap masyarakat ekoran daripada proses tersebut. Pelantikan Penasihat British sering dijustifikasikan sebagai usaha untuk memodenkan sistem pentadbiran Terengganu yang dikatakan lemah, namun pada hakikatnya ia bertujuan memperkukuh dominasi British secara halus. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang bersandarkan kepada sumber primer yang diperoleh dari National Archive, Kew seperti Colonial Office (CO), Foreign and Commonwealth Office (FCO), Foreign Office (FO) dan laporan rasmi dari Pejabat Penasihat British di Terengganu. Selain itu, kajian ini turut menggunakan sumber sekunder seperti buku dan kajian sarjana terdahulu bagi mendapatkan kesinambungan dengan sumber primer tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelantikan Penasihat British dalam pentadbiran negeri secara langsung telah menghakis kedaulatan institusi tradisional dan menjadi pencetus awal kepada perubahan landskap politik Terengganu sehingga berlakunya konflik antara British dan masyarakat. Kajian ini turut menyumbang kepada pemahaman lebih mendalam terhadap bentuk penjajahan terselindung dan kesannya terhadap pembentukan kesedaran politik tempatan.

Kata kunci: penasihat British; pentadbiran kolonial; negeri Melayu; politik; kedaulatan tempatan

ABSTRACT

This study examines the appointment of British Advisors in the administration of the state of Terengganu during the period 1909 to 1928. The main focus of this study is to analyze the factors that prompted the appointment of Advisors, the role they played in the state's administrative structure and the conflicts that occurred with the community as a result of the process. The appointment of British Advisors is often justified as an effort to modernize the Terengganu administrative system, which is said to be weak, but in reality, it was intended to subtly strengthen British dominance. This study uses a qualitative approach based on primary sources obtained from the National Archive, Kew such as the Colonial Office (CO), Foreign and Commonwealth Office (FCO), Foreign Office (FO) and official reports from the British Advisor Office in Terengganu. In addition, this study also uses secondary sources to obtain continuity with the primary sources. The study findings show that the appointment of British Advisors in the state administration directly eroded the sovereignty of traditional institutions and became the initial trigger for changes in the political landscape of Terengganu, leading to conflicts between the British and the community. This study also contributes to a deeper understanding of the hidden forms of colonialism and its impact on the formation of local political consciousness.

Keywords: British Adviser; colonial administration; Malay states; politic; local sovereignty
Muhammad Naim Fakhirin Rezani
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-2881134146 ELEMEN SAINS DALAM PERIBAHASA MELAYU: ANALISIS SEMANTIK INKUISITIF
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66339

ABSTRAK

Peribahasa Melayu merupakan refleksi budaya, nilai, akal budi dan falsafah hidup masyarakat yang turut merakamkan pemerhatian tajam terhadap fenomena alam sekeliling. Kandungan sains dalam peribahasa membuktikan bahawa bahasa dan pemikiran saintifik telah lama berakar dalam budaya masyarakat Melayu, mendahului kemunculan sains moden secara formal. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis elemen sains dalam peribahasa Melayu serta menilai kerelevenan dan ketepatannya berdasarkan pemahaman sains moden. Sebanyak 30 peribahasa telah disenaraikan melalui kaedah analisis korpus dengan mengumpulkan peribahasa yang berkaitan dengan sains daripada sumber seperti Kamus Peribahasa oleh Sapinah Haji Said (2015) dan laman sesawang rasmi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan pendekatan Rangka Rujuk Silang (RRS) serta analisis semantik inkuisitif dalam penganalisisan data. Analisis tertumpu kepada penerokaan elemen sains dalam tiga cabang utama, fizik, kimia dan biologi dengan merujuk kepada tiga peribahasa yang dipilih, iaitu (i) menatang minyak yang penuh (fizik), (ii) mencurah air ke daun keladi (kimia), dan (iii) haruan makan anak (biologi). Hasil kajian mendapati terdapat perkaitan yang signifikan antara prinsip sains moden dengan falsafah dan akal budi masyarakat Melayu yang berasaskan pemerhatian teliti terhadap alam. Kajian ini juga diharapkan mampu memberi sumbangan bermakna kepada penyelidikan peribahasa, khususnya yang menggunakan semantik inkuisitif sebagai kerangka analisis.

Kata kunci: Peribahasa Melayu, elemen sains, semantik inkuisitif, akal budi, falsafah masyarakat Melayu

ABSTRACT

Malay proverbs reflect the culture, values, intellect and life philosophy of the Malay society while recording their keen observations of natural phenomena. The scientific content embedded in these proverbs demonstrates that scientific thinking and linguistic expression had long been rooted in Malay culture, preceding the formal emergence of modern science. Accordingly, this study aims to analyze the scientific elements in Malay proverbs and assessing their relevance and validity in relation to contemporary scientific concepts. A total of 30 proverbs were compiled through corpus analysis by collecting science-related proverbs from sources such as the Kamus Peribahasa Melayu by Sapinah Haji Said (2015) and certified website. This research adopts a qualitative design, applying the Rangka Rujuk Silang (RRS) and inquisitive semantic analysis in the data analysis process. The analysis focuses on exploring scientific elements in three main branches, physics, chemistry, and biology by examining three selected proverbs: (i) menatang minyak yang penuh (physics), (ii) mencurah air ke daun keladi (chemistry), and (iii) haruan makan anak (biology). The findings reveal a significant correlation between modern scientific principles and the philosophy and wisdom of the Malay society, which were shaped through observation of the natural world. This study is expected to contribute to proverb research, particularly those employing inquisitive semantic as the analytical framework.

Keywords: Malay proverbs, scientific elements, inquisitive semantics, cultural worldview, Malay communities
Julaina NopiahIffah Mawaddah Mohd Helme
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-2881147168SIMBOL DAN MAKNA DALAM MANTERA PERUBATAN MASYARAKAT BAJAU SAMA DI SABAH
https://adab.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/66340

ABSTRAK

Mantera adalah satu bentuk ungkapan yang dianggap suci dan berkaitan dengan spiritual. Pada masa ini, walaupun masih ada lagi masyarakat yang menggunakan mantera untuk pelbagai tujuan terutama dalam perubatan tradisional, namun agak sukar untuk memperoleh ungkapan mantera tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis mantera yang masih diamalkan oleh masyarakat Bajau Sama di Kampung Unggun, Kota Kinabalu, Sabah dan menganalisis makna simbol dalam mantera perubatan masyarakat tersebut. Mantera telah diperoleh melalui kaedah lapangan huluan yang melibatkan temu bual informan, rakaman suara, dan catatan di lapangan. Data dianalisis menggunakan teori semiotik Charles Sanders Peirce (1965) dengan memberi tumpuan kepada unsur simbol. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mantera perubatan merupakan jenis yang paling dominan dan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit seperti demam panas, sakit perut, angin pasang, sawan, dan keteguran. Mantera-mantera tersebut sarat dengan simbol yang mencerminkan kepercayaan masyarakat terhadap alam, makhluk ghaib, dan nilai-nilai Islam. Simbol seperti embun, angin, gunung Qaf, Nabi Sulaiman, dan naga berfungsi sebagai perantara makna yang merangkumi aspek fizikal dan spiritual dalam amalan rawatan tradisional. Kajian ini menyumbang kepada pendokumentasian warisan lisan serta memperkukuh pemahaman terhadap sistem simbolik masyarakat Bajau Sama sebagai refleksi pandangan dunia mereka.

Kata kunci: Bajau Sama; mantera; perubatan tradisional; semiotik; simbol

ABSTRACT

Incantations (mantera) are a form of expression that is considered sacred and related to spirituality. Nowadays, although incantations are being used by some people in society for various purposes, especially in traditional medicine, it is quite difficult to obtain the expression of these incantations. Hence, this study aims to identify the types of incantations still practiced by the Bajau Sama community in Kampung Unggun, Kota Kinabalu, Sabah, and to analyze the symbolic meanings embedded in their healing incantations. A total of 18 incantation verses were collected through upstream fieldwork involving interviews with four informants, voice recordings, and field notes. Data was analyzed using Charles Sanders Peirce’s semiotic theory (1965), focusing specifically on the symbolic component. Findings reveal that healing incantations are the most prevalent type, commonly employed to treat ailments such as fever, abdominal pain, hernia, seizures, and spiritual disturbances. These incantations are rich in symbolic references that reflect the community’s beliefs in nature, the supernatural, and Islamic values. Symbols such as dew, wind, Mount Qaf, Prophet Solomon, and dragons act as mediators of meaning, encompassing both physical and spiritual dimensions of traditional healing practices. This study contributes to the documentation of oral heritage and deepens the understanding of the Bajau Sama community’s symbolic system as a reflection of their worldview.

Keywords: Bajau Sama; incantation; traditional medicine; semiotics; symbol
Mohd Shahdan SadinNoor Hasnoor Mohamad Nor
Copyright (c) 2025 JURNAL MELAYU SEDUNIA
2025-11-282025-11-2881169193