Orientalism Dan Usaha Meremehkan Legasi Ulama Melayu Awal Di Alam Melayu : Satu Analisis Kritikal

Orientalism And Underestimating The Legislation of Early Malay Scholars in Malay World: A Critical Analysis

Authors

  • Halim @ Ab Halim Ismail University of Malaya
  • Rahimin Affandi Abdul Rahim University of Malaya
  • Siti Maimunah Hj. Kahal University of Malaya

Keywords:

Epistimologi Islam, Kitab Jawi, Kolonialisme, Liberalisme

Abstract

Penjajahan Barat ke alam Melayu telah banyak mengubah minda masyarakat. Dalam usaha untuk mengekalkan penjajahan barat, para orientalis melalui para kolonialis mengumpul dan memproses segala data-data yang ada di alam Melayu dan dipersembahkan semula mengikut citarasa idea liberalisme barat. Proses indoktrinasi yang dilakukan oleh orientalis begitu berkesan sehingga sampai sekarang kita masih lagi mengekalkan warisan penjajah dalam segenap segi. Sebenarnya sebelum kedatangan penjajah kita telah mengalami zaman ketinggian tamadun intelektual Islam alam Melayu. Untuk memadamkan sejarah keagungan ini, para orientalis meremehkan legasi ulama melayu silam agar sumbangan mereka dinafikan. Artikel ini bertujuan untuk membicarakan metodologi yang digunakan oleh orientalis dan kolonialis bagi mengubah minda masyarakat, diterangkan juga perkara-perkara separuh matang yang dibicarakan serta jawapan kepada isu-isu yang ditimbulkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2017-08-30

How to Cite

Ismail, H. @ A. H., Abdul Rahim, R. A., & Hj. Kahal, S. M. (2017). Orientalism Dan Usaha Meremehkan Legasi Ulama Melayu Awal Di Alam Melayu : Satu Analisis Kritikal: Orientalism And Underestimating The Legislation of Early Malay Scholars in Malay World: A Critical Analysis. Online Journal of Research in Islamic Studies, 4(2), 31–45. Retrieved from https://adab.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/12360

Issue

Section

Research Articles