Analisis Pemakaian Standard Untuk Pengurusan Hotel Patuh Syariah Di Malaysia

Analysis the Usage of Standards for Shariah Compliant Hotels Management in Malaysia

Authors

  • Nor Azizah Tukiran University of Malaya
  • Nor ‘Azzah Kamri University of Malaya

Keywords:

Sistem Pengurusan Kualiti Islam, MS1900, Hotel Patuh Syariah

Abstract

Peningkatan populasi Muslim di peringkat global telah menyumbang kepada perkembangan pelancongan baru yang dikenali sebagai pelancongan halal dalam kalangan negara-negara Islam. Perkembangan industri pelancongan Muslim di peringkat global ini dilihat telah memberi impak kepada industri perhotelan sehingga mencetuskan pelbagai pendekatan dalam pelaksanaan hotel secara Islamik. Kemunculan pelbagai penarafan hotel Islamik juga dilihat menjadi titik tolak kepada perlunya standard yang khusus bagi memudahcara pengurusan pihak hotel agar selari tuntutan syariah. Di Malaysia, beberapa standard berkaitan perhotelan telah dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia dan institusi persendirian. Ia termasuklah standard Makanan Halal (MS 1500), Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah (MS 1900), Perkhidmatan Hospitaliti Mesra Muslim (MS 2610), Islamic Quality Standard for Hotel (IQS) dan juga Salam Standard. Artikel ini cuba menganalisis standard-standard tersebut bagi menilai kesesuaiannya untuk digunapakai dalam pengurusan hotel patuh syariah. Kaedah analisis kandungan dan analisis SWOT telah digunakan bagi melihat kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang setiap standard ini. Hasil kajian mendapati standard yang dibangunkan oleh Jabatan Standard Malaysia lebih menjurus kepada pengurusan kualiti kerja yang sistematik dan mempunyai asas yang jelas untuk digunapakai dalam melaksanakan tugas kerja dalam pengurusan perhotelan patuh syariah terutamanya MS 1900. MS 1900 dilihat amat sesuai untuk digunapakai di hotel patuh syariah berdasarkan kekuatan kandungannya dan peluang yang dimiliki. Manakala standard yang dibangunkan oleh institusi persendirian pula dilihat lebih menjurus kepada penarafan hotel Islamik dengan memberi indikator tertentu bagi meningkatkan pemasaran dan menarik perhatian pelancong Muslim. Walau apapun fokusnya, setiap standard ini mempunyai kekuatan tersendiri dan saling melengkapi antara satu sama lain bagi mencorak dan memperkasa pengurusan hotel patuh syariah di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2018-08-13

How to Cite

Tukiran, N. A., & Kamri, N. ‘Azzah. (2018). Analisis Pemakaian Standard Untuk Pengurusan Hotel Patuh Syariah Di Malaysia: Analysis the Usage of Standards for Shariah Compliant Hotels Management in Malaysia. Online Journal of Research in Islamic Studies, 5(2), 61–79. Retrieved from https://adab.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/16430

Issue

Section

Research Articles