Pengurusan Kewangan Islam dalam Kalangan Muslimpreneurs menurut Perspektif Ilmuwan Islam di Malaysia

Authors

  • Mohd Faizal P.Rameli UiTM
  • Suhaida Mohd Amin UiTM
  • Norajila Che Man UiTM
  • Noorfazreen Mohd Aris UiTM
  • Nor Azlina Abd Wahab UiTM

Keywords:

Etika Perniagaan Islam, Pengurusan Kewangan Islam, Muslimpreneurs

Abstract

Pengurusan Kewangan merupakan satu aspek penting dalam perniagaan. Transaksi kewangan seharusnya dilakukan secara tersusun dan efektif bagi mencapai matlamat kewangan sesebuah perniagaan. Tanpa sistem pengurusan kewangan yang baik, segala keputusan perniagaan tidak dapat dilakukan dengan tepat kerana banyak proses pembuatan keputusan dalam perniagaan  ditentukan melalui maklumat dan data-data kewangan. Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan pakar tentang perkara-perkara penting yang perlu diambil kira oleh setiap Muslimpreneurs dalam pengurusan kewangan perniagaan mereka. Data-data kajian kualitatif ini diperoleh melalui proses temu bual dengan ahli akademik dan ilmuwan Islam. Dapatan kajian merumuskan bahawa pengurusan kewangan yang baik bagi setiap perniagaan adalah bergantung pada bentuk dan saiz perniagaan tersebut. Pada masa yang sama, Muslimpreneurs seharusnya menguruskan kewangan mereka berdasarkan prinsip-prinsip kewangan yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam. Kajian ini turut mencadangkan bahawa pelaksanaan pengurusan kewangan secara Islam merupakan sebahagian dari perkara asas dalam membentuk etika perniagaan Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

2019-11-26

How to Cite

P.Rameli, M. F., Mohd Amin, S., Che Man, N., Mohd Aris, N., & Abd Wahab, N. A. (2019). Pengurusan Kewangan Islam dalam Kalangan Muslimpreneurs menurut Perspektif Ilmuwan Islam di Malaysia. Online Journal of Research in Islamic Studies, 6, 79–85. Retrieved from https://adab.um.edu.my/index.php/RIS/article/view/20803