BOOK REVIEW DADAH DAN KESELAMATAN INSAN
Main Article Content
Abstract
Pendekatan pencegahan penggunaan dadah melalui pendidikan di peringkat bangku sekolah sebenarnya telah lama dilakukan. Antara pendekatan itu ialah melukis poster berkaitan penyalahgunaan dadah. Individu yang lahir pada era 80-an pastinya melalui pengalaman melukis dan mewarna poster tersebut. Antara poster yang popular adalah gambar tengkorak dengan lilin di atas kepala. Poster ini memberikan mesej bahawa dadah adalah bahan berbahaya dan boleh membawa kepada kematian. Memandangkan masalah penyalahgunaan dadah semakin meruncing dan membahayakan keselamatan negara, kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara pada tahun 1983. Kini, mereka yang lahir di tahun 80-an tersebut pastinya telah berusia lebih 40 tahun, usia yang lebih kurang sama dengan musuh nombor satu negara itu. Namun, penyalahgunaan dadah tetap berleluasa di negara. Pada masa yang sama, perang ke atasnya tetap tidak pernah berhenti sehingga ke hari ini.